RELeaf Inisiatif Pulihara Kawasan Hutan
21 September 2020

Menteri KeTSA YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah merasmikan Projek RELeaf oleh Syarikat Nestlé (Malaysia) di Taman Rimba Alam, Putrajaya pada 21 September 2020.

Projek RELeaf merupakan inisiatif Syarikat Nestlé (Malaysia) untuk memulihara kawasan hutan terosot melalui penanaman tiga juta pokok di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun bermula 2021.

Projek RELeaf ini akan melengkapi Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang akan dilaksanakan Kerajaan bermula tahun 2021 hingga 2025.

Malaysia komited untuk memastikan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi hutan, selaras dengan komitmen yang dibuat dalam Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992.

Pada masa ini, litupan kawasan berhutan di Malaysia adalah sebanyak 55.3% atau seluas 18.27 juta hektar.

 

 

 

 

 

 

 

Attachments